Sharapova sertai Terbuka Mallorca

MADRID, 11 JUN – Bekas pemain nombor satu dunia, Maria Sharapova mengesahkan bahawa dia akan bermain pada Terbuka Mallorca minggu depan selepas lebih  daripada tiga bulan rehat kerana cedera.

Sharapova, 32, juara lima kali Grand Slam, tidak beraksi sejak Februari selepas menjalani pembedahan pada bahunya yang menjejaskannya sejak 2008.

“Saya sangat gembira untuk dapat mengumumkan bahawa saya akan menerima wildcard ke Terbuka Mallorca,” kata Sharapova dalam satu kenyataan.

“Saya mahu berterima kasih kepada kejohanan atas peluang yang diberikan kepada saya ini dan kepada para penyokong luar biasa saya, yang selama ini memberikan sokongan kepada saya.”

Sharapova bergelut dengan kecergasan sejak penggantungan doping selama 15 bulan yang berakhir pada 2017.

“Selepas lebih seminggu membuat percubaan di Mallorca, Maria Sharapova memutuskan untuk menerima wildcard yang ditawarkan Terbuka Mallorca,” menurut satu kenyataan daripada Terbuka Mallorca. – AFP