Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sharif diramal ganti PM Pakistan

    ISLAMABAD, 10 APRIL – Imran Khan dipecat hari ini sebagai perdana menteri Pakistan selepas kehilangan undi tidak percaya, membuka jalan bagi perikatan pembangkang yang berdepan isu sama.

    Perdana menteri baharu akan dipilih esok, dengan ketua parti berhaluan tengah Pakistan Muslim League-N (PML-N) sudah dipilih untuk mengetuai 220 juta penduduk negara bersenjata nuklear itu.

    Tugas pertamanya akan membentuk satu kabinet yang juga akan mendapat undian besar dalam Pakistan People Party (PPP) berhaluan tengah-kiri, serta mencari ruang bagi kumpulan konservatif kecil, Jamiatul Ulema-e-Islam-F (JUI-F).

    Pemecatan Khan diselubungi dengan perasaan simpati dan keterujaan.

    Tidak ada perdana menteri yang pernah berkhidmat penuh di Pakistan, namun Khan adalah yang pertama disingkirkan menerusi undi tidak yakin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...