Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Sharifah Amani nikah tahun ini?

    Enggan mendedahkan tarikh sebenar bakal melangsungkan perkahwinan, pelakon Sharifah Amani walau bagaimanapun tidak menolak akan naik pelamin tahun ini juga.

    Amani, 36, berkata, ketika ini dia sedang melakukan pelbagai persiapan untuk majlisnya itu dan selebihnya menyerahkan kepada ketentuan Yang Maha Esa.

    “Alhamdulillah, saya gembira sekarang ini (bertunang). Insya Allah diharapkan semuanya dipermudahkan.

    “Rasa gementar itu memang ada apabila memikirkan pelbagai perkara, harap semuanya berjalan lancar,” katanya kepada mStar.

    Amani ditemui pada sidang media drama terbaharu berjudul Murder In Moonlight yang berlangsung di GSC, Mid Valley baru-baru ini.

    Enggan mendedahkan tarikh perkahwinan, Sharifah Amani akan tetap kahwin pada tahun ini. – Agensi

    Terdahulu, pelakon filem Sepet ini melangsungkan pertunangan dengan jejak pilihannya pada 26 Jun lalu apabila memuat naik gambar sedang mencuba baju pengantin.

    Dalam pada itu, Amani tidak mahu terlalu terbuka berkongsi tentang bakal suaminya itu namun hubungan mereka mula terjalin sejak empat tahun lalu.

    Amani berkata, apa membuatkan dia tertarik dengan bakal suaminya, lelaki itu seorang yang bijak serta lucu membuatkan dia jatuh hati.

    “Kami memang tak mahu uar-uarkan di media sosial kerana segalanya boleh disalah tafsirkan oleh orang lain. Barangkali selepas berkahwin saya akan kongsi.

    “Dia seorang lelaki Malaysia dan kami kenal lebih kurang empat tahun. Dia juga seorang yang bijak dan lucu. Itu membuatkan saya tertarik kepadanya,” ujarnya lagi.

    Berkongsi tentang persiapan bergelar isteri, Amani menyifatkan perkara itu sesuatu yang subjektif dan dia sendiri tidak sabar untuk mendalami dan menggalas maksud sebenar perkara itu.

    “Perkataan isteri itu sangat subjektif dan banyak huraian yang boleh dibuat daripada satu perkataan.

    “Setiap orang ada maksud tersendiri dan saya tidak sabar untuk melalui fasa sebagai isteri,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...