Sharifah Amani teruja Kajol balas Twitter

Pelakon Sharifah Amani berkongsi berita gembira apabila aktres Bollywood terkenal iaitu Kajol menyedari dan membalas pertanyaannya di laman Twitter.

Menerusi perkongsian Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 34, Kajol menjawab soalannya mengenai karakter yang paling digemari aktres itu sepanjang bergelar pelakon.

“Apakah karakter yang anda paling suka lakonkan sepanjang dalam karier anda? #AskKajol,” tanya Amani.

Siapa sangka, pertanyaan itu mendapat maklum balas dari isteri kepada pelakon Ajay Devgan itu yang mengatakan watak sebagai Anjali menjadi kegemarannya kerana dia seakan-akan melakonkan diri sendiri.

“Watak yang paling saya suka adalah Anjali. Ia sama seperti karakter saya,” jawab Kajol. – Agensi

Amani seronok dapat maklum balas daripada Kajol. – Agensi