Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Sharifah Husna kejar impian dunia seni

    Demi minat mendalam terhadap dunia seni, pelakon Sharifah Husna sanggup meninggalkan bidang perubatan meskipun memiliki segulung ijazah untuk bergelar doktor.

    Kata Husna atau Sharifah Husna Syed Feizal, 30, hasrat menyambung pelajaran dalam bidang perubatan sebelum ini adalah atas permintaan kedua ibu bapanya.

    “Memang saya sudah lupakan terus ke arah itu (menjadi doktor). Belajar dalam bidang perubatan adalah permintaan ibu bapa dan saya telah tunaikan dengan tamat belajar.

    “Berlakon pula adalah impian saya. Kita hidup hanya sekali dan kenapa perlu buat perkara yang tidak disukai.

    “Tidak kisahlah apa orang hendak cakap sekalipun, saya hanya mahu jadi diri sendiri dan kerja dalam bidang yang saya suka,” katanya.

    Husna teguh dengan pendirian memilih bidang lakonan. – AGENSI

    Husna berjaya menamatkan pengajian dalam bidang tersebut tiga tahun lalu di Royal Collage of Surgeons Ireland (RCSI) Kuala Lumpur.

    Mula mengatur langkah dalam dunia seni menerusi satu pertandingan mencari bakat, nama Husna kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat.

    Buktinya, Husna berjaya tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Telenovela Popular pada Anugerah Telenovela ke-8 baru-baru ini. Memiliki wajah cantik dan berdarah campuran, Husna bagaimanapun tidak mahu perkara tersebut menjadi sandaran untuk dia kekal bertahan sebagai seorang pelakon.

    “Saya tidak ambil jalan mudah untuk berjaya. Saya banyak menghadiri kelas lakonan termasuk bersama Nabila Huda dan Fauziah Nawi,” ujarnya.

    Baharu sahaja mendirikan rumah tangga dengan pelakon Halim Radzi pada Oktober tahun lalu, Husna memberitahu mereka belum sempat untuk pergi berbulan madu disebabkan jadual kerja yang padat. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...