Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Sharifah Rose tak bersandarkan paras rupa

    Baru-baru ini, industri hiburan agak hangat dengan pertelingkahan pendapat mengenai paras rupa lebih penting daripada bakat.

    Pendapat yang dibuat oleh penerbit, Datuk A Aida itu menimbulkan pelbagai reaksi apabila ada yang bersetuju dan tidak kurang juga sebaliknya. Bagi pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Kekasih Hati Mr Bodyguard, Sharifah Rose tidak menafikan paras rupa memainkan peranan penting bagi membuka laluan untuknya menceburi bidang seni.

    “Saya tidak ada pengalaman ketika diminta menghadiri sesi uji bakat drama Kekasih Hati Mr Bodyguard. Saya hanya diminta membaca dan menghafal skrip drama dan bertemu dengan heronya iaitu pelakon, Redza Rosli.

    “Saya juga tidak sangka apabila ditawarkan watak heroin.

    “Saya meminta pandangan ibu bapa sebelum menerima tawaran tersebut kerana masih belajar dan menyambung pengajian di peringkat ijazah,” katanya. Sambung Sharifah Rose, bukan mudah baginya untuk menjadi seorang pelakon.

    Menurut Sharifah Rose, bukan mudah baginya untuk menjadi seorang pelakon. – Agensi

    “Saya memasuki bidang lakonan tanpa sebarang ilmu. Saya juga sangat berdebar untuk melontarkan dialog dan sepanjang tempoh dua minggu persediaan yang dibuat juga sangat mencabar.

    “Saya difahamkan karakter saya hanya happy go lucky tetapi sebaliknya ada babak trauma kena rogol dan pelbagai lagi,”jelasnya.

    Bagi menjiwai watak, Sharifah Rose juga bertemu dengan pelakon dan pengarah berkaliber terkenal, Elly Suriaty untuk bertanya mengenai ilmu lakonan.

    “Saya tidak tahu karakter itu secara keseluruhannya. Justeru, saya berjumpa Kak Elly untuk memintanya membimbing cara menjadi pelakon.

    “Kak Elly beritahu saya perlu faham mengenai watak. Saya bukan saja perlu melontarkan dialog tetapi juga perlu ketawa dan berjalan sepertinya.

    “Selain itu, saya juga perlu berlakon dengan pasangan atau hero di set sedangkan saya seorang yang pemalu,” ujar pemilik nama penuh Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira ini.

    Biarpun lakonannya mendapat kritikan, bintang muda berusia 23 tahun itu melihatnya sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki prestasi lakonan.

    “Ketika keluar teaser episod pertama drama saya di laman Twitter, saya dilabel ‘pelakon kayu’. Tapi saya mengambil inisiatif untuk memperbaiki kelemahan sedia ada.

    “Saya terpaksa tebalkan muka bertanya dengan Redza di lokasi penggambaran bagaimana mahu melakonkan babak ketawa dan menangis seperti dikehendaki skrip drama tersebut,” akuinya yang tekad mahu memperbaiki mutu lakonan dari semasa ke semasa. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...