Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Sharifah Rose tak ‘kayu’ lagi berlakon

    Liku perjalanan gadis cantik bernama Sharifah Rose, 23, tidak seindah namanya dalam menyusuri onak duri anak seni. Kehadiran pengaruh media sosial itu disambut dingin peminat drama tempatan pada awal kemunculannya.

    Dilabel kayu dan hanya mempertaruhkan wajah cantik oleh warganet sedikit sebanyak pastinya mengguris hati Sharifah Rose atau mesra disapa Rose.

    Namun, gadis kacukan Melayu, Arab dan Jawa itu enggan terlalu rapuh. Ada kalanya, lontaran cemuhan cukup meninggalkan kesan dalam dirinya.

    Justeru, Rose atau nama sebenarnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira memilih tidak membaca kecaman dilemparkan warganet demi menjaga kesihatan mental.

    Seusai episod lakonan kayu dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard melabuhkan tirai, gadis kelahiran Shah Alam, Selangor itu sekali lagi diserang bertubi-tubi berikutan jenama tudungnya.

    Dilabel kayu dan hanya mempertaruhkan wajah cantik oleh warganet sedikit sebanyak pastinya mengguris hati Sharifah Rose. – Agensi

    Kononnya, Rose menciplak nama jenama hijab yang sudah terlebih dahulu wujud. Bukan sahaja ejaan sedikit berbeza, malah, logo digunakan syarikatnya juga didakwa hampir sama dengan jenama asal.

    Sudah tampil memohon maaf dalam laman sosial, Rose mengakui, dia tidak berniat melukakan hati mana-mana pihak.

    Malah, tidak mungkin meneruskan bisnes berkenaan seandainya benar tuduhan dilempar.

    “Saya juga manusia biasa, ada masanya terguris juga hati apabila warganet seakan-akan sengaja mahu mencari kesalahan saya. Namun, saya cuba untuk tidak melayan kecaman demi menjaga kesihatan mental.

    “Saya pernah mengalami kemurungan, jadi serik untuk berada dalam situasi ini. Cuma, saya kasihan ibu.

    “Ini kerana ibu adalah insan paling sedih setiap kali saya dihimpit kontroversi. Namun, saya belajar terima setiap kecaman secara positif.

    “Kecaman juga membuatkan saya banyak belajar dan makin bersemangat memperbaiki kekurangan diri,” katanya kepada media. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...