Sharifah Yura Mona Masrahayu johan pertandingan pidato umum

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Sept – Dayang Sharifah Yura Mona Masrahayu binti Abdullah Yura Ulmateen muncul juara bagi Pertandingan Pidato Umum Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) yang diadakan di Dewan Teater, PTET, baru-baru ini.

Manakala di tempat kedua pula ialah Dayang Yura Sri Nurain Qaisara binti Abdullah Yura Saiful Bahrin dan di tempat ketiga pula disandang oleh Dayang Siti Norsabrina binti Mohammad Share.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pengetua PTET, Dayang Hajah Murni binti Abdullah.

Beliau dalam ucapannya berkata, pertandingan yang diadakan setiap tahun ini membawa tema ‘Significant Quotes’ yang menampilkan lapan peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir. Mereka adalah terdiri daripada Dayang Asyikin binti Raffin, Dayang Sharifah Yura Mona Masrahayu, Soon Hong Jun, Dayang Siti Norsabrina, Awang Muhammad Hasbul Amirul Hakim bin Abdul Warith, Liew Se Yee, Dayang Yura Sri Nurain Qaisara, Awang Muhammad Nasrullah bin Mohammad Yusran.

Para pemenang bergambar bersama Dayang Hajah Murni. – Gambar ihsan PTET

Tambah beliau, pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan lagi kemahiran menulis dan bercakap.

Beliau berharap agar para pelajar akan dapat memanfaatkan kemahiran mereka yang akan dapat membantu mereka di masa akan datang dan membantu meningkatkan lagi sikap keyakinan diri sendiri.

Pertandingan itu menampilkan beberapa hakim yang terdiri daripada ahli Brunei’s Speakers Club, wakil dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), Dayang Hajah Seri Ainey Shahri dan Dayang Siti Rohaini binti Mohd Salleh dari PTET.