BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Sharizmi Hanis bin Haji Sharbini dari Pasukan Jakusha Bladers (JB) berjaya pulang hadiah utama berupa sebuah penghawa dingin apabila muncul juara pertandingan Beyblade X 3 on 3 setelah menewaskan Norhayati binti Abdul Latip dari Pasukan Undergroundz X (UGX) dalam perlawanan akhir Beyblade X anjuran DBos Beys Beyblade (DB) Brunei Darussalam yang diadakan di Teratak DBos Kampung Panchor Mengkubau.
Manakala tempat ketiga disandang oleh Pengiran Hasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar dari UGX setelah menewaskan Muhammad Akmal Yamin bin Muhammad Luqman dari JB sekali gus menduduki tempat keempat.
Sementara itu, pemenang saguhati lapan teratas diraih oleh Amiruddin bin Haji Abdi Manaf dari JB, Muhammad Nor Harith bin Ambran dari DB, Pengiran Hasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar dari UGX dan Mainor Azizi bin Haji Maidin dari DB.
Manakala, pemenang bagi Individual Point DBos Beys 2024 disandang oleh Aediesopian bin Haji Ismail setelah memperoleh 17 mata dan Mimi Nazuwan bin Haji Ibrahim menduduki tempat kedua dengan pungutan 16 mata.
Sementara itu, dalam perebutan Liga JB bagi tahun 2024/2025, JB melebarkan jurang dengan memperoleh 196 mata diikuti oleh DB dengan 168 mata, SA Bladerz 146 mata dan UGX memperoleh 104 mata.