Sharjah umum cuti hujung minggu tiga hari

DUBAI, 9 DIS – Emiriah Sharjah selatan Teluk mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu kepada tiga hari bagi sektor rasmi.

Langkah tersebut muncul selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata pada Selasa ia telah mengurangkan minggu bekerja rasmi kepada empat dan setengah hari dan memindahkan hujung minggunya kepada hari Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, Majlis Eksekutif Sharjah berkata keputusannya telah diambil ‘sejajar dengan visi UAE untuk mempertingkatkan kedudukan kompetitifnya’.

Minggu bekerja bagi agensi-agensi kerajaan Sharjah akan dikurangkan kepada Isnin hingga Khamis dan hujung minggu akan berlangsung antara Jumaat dan Ahad.

Pertukaran itu dijangka bermula pada 1 Januari, akan ‘menyokong persekitaran perniagaan dan pasaran ekonomi, serta bergerak seiring dengan pembangunan global’. – AFP