Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Sharnaaz Ahmad rupanya tauke kedai aiskrim

    Pelakon Malaysia, Sharnaaz Ahmad mengorak selangkah dalam kerjayanya apabila melibatkan diri dalam bidang perniagaan aiskrim yogurt yang sehingga kini sudah mempunyai lima cawangan.

    Memetik dari mStar, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata, pembukaan cawangan kelima Hello di Mahkota Parade, Melaka juga merupakan hadiah istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada 30 Ogos lalu.

    “Alhamdulillah sudah ada lima cawangan dan insya-Allah saya akan buka satu lagi cawangan dalam masa terdekat.

    “Pembukaan cawangan terbaharu ini juga saya anggap hadiah sempena hari jadi saya pada 30 Ogos lalu,” katanya.

    Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia berhasrat untuk membuka cawangan jenama ais krim itu di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

    Tidak hanya itu, pelakon itu turut memasang impian melebarkan perniagaan berkenaan ke Indonesia selepas melihat sambutan mengalakkan daripada pelanggan.

    “Saya memang terharu dengan sokongan ditunjukkan rakyat Malaysia yang menanti Hello dibuka di negeri kelahiran mereka. – Agensi

    Sharnaaz Ahmad membuka cawangan kelima di Mahkota Parade, Melaka. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...