Sharp wira kemenangan pertama Sheffield United

LONDON, 13 JAN – Sheffield United mengakhiri 20 perlawanan tanpa kemenangan di Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam ketika jaringan penalti Billy Sharp memberikan kemenangan 1-0 ke atas Newcastle yang beraksi dengan 10 pemain.

The Blades masih menghadapi tugas berat untuk menyelamatkan diri dari pasukan tercorot di liga ketika mereka ketinggalan sembilan mata dari zon selamat.

Tetapi pasukan bimbingan Chris Wilder memastikan pasukannya selamat dari mencipta rekod terburuk yang tidak diingini dengan tanpa kemenangan.

The Magpies masih terselamat dari zon penyingkiran selepas kekal lapan mata di atas zon selamat dan kini menduduki tempat ke-15 liga, tetapi bermain dua perlawanan lebih banyak daripada Fulham yang berada di tempat ke-18.

Pasukan Steve Bruce tidak pernah menang dalam lapan perlawanan dalam semua pertandingan, termasuk tersingkir dari kedua-dua piala domestik. – AFP

Aksi Billy Sharp dari Sheffield United ketika menjaringkan gol menerusi sepakan penalti semasa perlawanan menentang Newcastle United di Stadium Bramall Lane, semalam. – AP