Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Shaw persoalkan komitmen Man Utd

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 4 JAN – Pemain pertahanan Manchester United, Luke Shaw menyalahkan pasukannya kerana kurang agresif, intensiti dan motivasi selepas kekalahan 1-0 di tempat sendiri kepada Wolves, kelmarin.

    Kekalahan keempat dalam 10 perlawanan di Old Trafford musim ini telah menyebabkan United masih ketinggalan di tempat ketujuh, empat mata mengejar kedudukan empat teratas liga.

    United dijangka menjadi pasukan pencabar kejuaraan musim ini selepas membeli Cristiano Ronaldo, Jadon Sancho dan Raphael Varane ke dalam pasukan yang musim lalu berada di tempat kedua di belakang Manchester City.

    Tetapi pasukan Red Devils ketinggalan 22 mata mengejar City yang berada di kedudukan teratas dan rapat dengan pasukan di kedudukan terakhir, Norwich.

    Ole Gunnar Solskjaer dipecat pada November lalu selepas siri keputusan kurang memuaskan Pengurus sementara, Ralf Rangnick telah mengutip 10 mata daripada empat perlawanan pertamanya sebagai jurulatih.

    Aksi pemain Wolverhampton Wanderers, Joao Moutinho menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Wolverhampton Wanderers di stadium Old Trafford, Manchester pada 3 Januari. – AP

    Walaupun persembahan pasukan tidak banyak berubah dan mereka akhirnya menerima padah apabila Joao Moutinho menjaringkan gol lapan minit sebelum perlawanan tamat dan memberi kemenangan pertama Wolves di Old Trafford sejak 1980.

    “Jika dilihat pada skuad kami, pemain-pemain yang kami ada, ia adalah sebuah pasukan yang sangat berkualiti,” kata Shaw kepada Sky Sport.

    “Kadang-kadang kualiti sahaja tidak mencukupi.

    “Kami perlu menerapkan intensiti, kami perlu menjadi lebih agresif dan perlu lebih banyak motivasi. Saya fikir kami tidak kelihatan seperti memiliki mana-mana daripada tiga perkara itu.

    “Di dalam bilik persalinan, kami tahu kami ingin meraih kemenangan, kami tahu apa yang kami mahu tetapi saya berfikir apabila kami masuk ke padang itu, kami perlu memberikan 100 peratus, semua yang kami ada.

    “Saya berfikir untuk memenangi jenis permainan menentang pasukan kuat seperti Wolves, kami perlu komited 100 peratus kerana kami tahu ia sentiasa sengit dengan mana-mana pasukan yang menentang mereka.

    Rangnick mengakui bahawa dia tidak dapat menjaminkan United akan mendapat kedudukan empat teratas dan memastikan mereka tidak lupa dengan Liga Juara-Juara pada musim seterusnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...