Shawn Mendes kecewa tuduhan tidak benar
Penyanyi Shawn Mendes mengakui kecewa dan terkilan apabila dirinya dikatakan menyukai pasangan sama jantina. Menurut laporan People, Shawn berkata dia menerima tuduhan tersebut sejak remaja dan sehingga kini masih ramai memperkatakan mengenai perkara itu. “Saya sangat kecewa dengan tuduhan melulu yang dilontarkan terhadap saya. “Saya marah terhadap mereka (membuat fitnah) kerana benda yang tak masuk akal,” katanya






























