Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Shayna Jack terpaksa tarik diri dari kejohanan renang

    SYDNEY, 23 JUN – Pemenang pingat emas dari Australia, Shayna Jack akan terlepas sepanjang perlawanan dalam kejohanan renang dunia selepas mengalami patah tangan dalam kemalangan ketika menjalankan latihan namun ingin cepat sembuh untuk menyertai Sukan Komanwel.

    Perenang berusia 23 tahun itu mengintai untuk memenangi pingat dalam acara gaya bebas wanita 100m di Budapest selepas pasukan Australia berjaya memungut pingat emas ketika mendahului dalam acara renang berganti 4x100m. Dia memuat naik gambar dalam akaun Instagramnya hari ini, yang menunjukkan tangan kirinya yang berbalut dengan plaster.

    “Beberapa jam yang lalu, saya terkejut dan sukar mempercayainya,” kata Jack, yang juga pernah memenangi pingat perak dalam acara campuran medley relay 4x100m semasa kejohanan antarabangsa pertamanya sejak pengharaman yang dikenakan kepadanya selama dua tahun selepas didapati positif akibat penggunaan ligandrol (ubat mempertingkatkan otot).

    “Saya telah menjalani imbasan sinar X yang mana menunjukkan tulang patah pada metakarpus keempat. Ia terjadi akibat kemalangan teruk semasa sesi pemanasan badan gaya bebas 100m yang melibatkan perenang lain,” katanya.

    Ketua jurulatih Australia, Rohan Taylor memberitahu pemberita bahawa kemalangan tersebut berlaku semasa Jack menjalani sesi pemanasan badan di kolam latihan di Duna Arena.

    Jack akan kembali ke tanah airnya untuk menjalani pembedahan dan berkata dia berharap dapat bersedia untuk Sukan Komanwel di Birmingham pada bulan hadapan.

    Sementara itu, ujian yang mendapati dia positif dadah pada 2019 adalah satu kejadian yang memalukan untuk perenang Australia itu, hanya beberapa hari selepas juara Olimpik, Mack Horton mengetuai bantahan menentang pesaing dari China, Sun Yang.

    Horton enggan berkongsi podium bersama Sun pada kejohanan dunia Gwangju 2019, mencetuskan ketidakpuasan daripada juara Olimpik Rio 2016, di mana dia menuduh bintang perenang dari China itu menggunakan dadah terlarang untuk menang. – AFP

    Shayna Jack bakal terlepas sepanjang kejohanan tersebut selepas mengalami kecederaan pada tangannya. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...