Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    SHE Beauty lancar rawatan CACI Hydratone

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Perkhidmatan rawatan CACI yang boleh didapati di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan spa, kini boleh didapati di ShuShuTe yang menjadi pusat kecantikan pertama di Brunei, malah Borneo, yang menawarkan rawatan berkenaan.

    CACI Hydratone merupakan rawatan yang terkini boleh didapati di ShuShuTe, juga dikenali dengan nama SHE Beauty, dan dilancarkan di cawangan mereka di Little Soho, Batu Bersurat, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan pelancaran rawatan terkini tersebut ialah Pengarah Perniagaan SHE Beauty, Vivien Goo dan Duta Jenama SHE Beauty, Dayang Liyana Yus.

    Majlis pelancaran berkenaan turut diisikan dengan perkongsian pengalaman yang disampaikan oleh Dayang Liyana sendiri mengenai perawatan CACI itu.

    “Baru-baru ini saya telah berkunjung ke Shushu untuk mendapatkan nasihat dan perawatan bagi masalah kulit saya yang kering disebabkan pendedahan terhadap sinaran matahari daripada aktiviti semasa percutian bersama keluarga saya.

    Demo perawatan menggunakan teknologi CACI Hydratone dijalankan semasa majlis pelancaran berkenaan.

    “Mereka telah menyarankan bagi saya untuk mencuba CACI Facial yang digelar CACI Hydratone treatment,” kongsinya.

    Menurut beliau lagi, “Ia sungguh menenangkan sehinggakan membuat saya seakan tidak mahu meninggalkan bilik perawatan selepas sesi rawatan berakhir disebabkan berasa sungguh selesa.

    “Namun setelah selesai menjalani perawatan berkenaan saya berasa sungguh segar dan kulit saya terasa lembut serta tidak kering dan selang beberapa hari kemudian saya juga dapat melihat akan kecerahan pada kulit saya,” kongsi beliau lagi mengenai pengalamannya mendapatkan rawatan itu.

    Perawatan CACI berkenaan adalah rawatan tambahan yang sempurna bagi perawatan yang sedia ada di SHE Beauty.

    CACI Hydratrone merupakan perawatan yang mendapat pengiktirafan daripada pelbagai hotel dan spa ternama dari seluruh dunia seperti Four Seasons Resort and Hotels, the Champney Spas & Resort dan Movenpick Hotel, Bahrain.

    Ia juga merupakan perawatan wajah pilihan bagi kebanyakan selebriti terkenal Hollywood termasuk Jennifer Lopez, Jennifer Aniston dan Kim Kadarshian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda