Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Shehbaz Sharif pm baharu Pakistan

    NEW DELHI, 11 APRIL – Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Shehbaz Sharif hari ini dipilih sebagai Perdana Menteri ke-23 Pakistan, di tengah-tengah peletakan jawatan beramai-ramai ahli oarlimen yang setia kepada perdana menteri digulingkan, Imran Khan.

    Shehbaz, abang kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif, menerima 174 undi daripada keseluruhan 342 ahli Dewan Rakyat. 

    Pemimpin berusia 70 tahun itu mendapat sokongan gabungan pelbagai parti di bawah Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM) dan dilihat sebagai pentadbir yang berkebolehan.

    Bekas parti pemerintah Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), yang menuntut pilihan raya dipercepatkan, sepakat untuk keluar dewan beramai-ramai.

    “Ahli Parlimen PTI sepakat untuk meletakkan jawatan kerana menentang kerajaan import,” kata pegawai PTI Farrukh Habib.

    Konvoi keselamatan mengiringi kereta yang membawa perdana menteri Pakistan yang baru dilantik, Shehbaz Sharif (tengah) meninggalkan dewan parlimen di Islamabad, 11 April. – AFP

    Imran dan parti pimpinannya mendakwa kerajaan yang diterajuinya runtuh berpunca daripada campur tangan Amerika Syarikat (AS) yang berpakat dengan pihak tempatan namun, AS menafikan dakwaan itu.

    Penganalisis politik menjangkakan Imran akan memberi tekanan terhadap kerajaan baharu untuk memaksa pilihan raya umum dipercepatkan memandangkan PTI dilihat menerima sokongan sebahagian besar rakyat. 

    Peletakan jawatan secara beramai-ramai dari Parlimen akan membantu Imran mengukuhkan lagi kedudukan politiknya dan menyukarkan kerajaan baharu, kata bekas diplomat Abdul Basit menerusi media sosial.

    “Ini adalah keputusan berani dan selaras dengan dasar awamnya,” kata beliau.

    PTI sebelum ini mencalonkan bekas Menteri Luar Shah Mahmood Qureshi untuk mencabar Shehbaz, yang kemudian memboikot sesi pemilihan perdana menteri baharu.

    Timbalan Speaker Qasim Khan Suri, yang berada di kerusi speaker ketika sesi bermula, turut keluar dari dewan. 

    Shehbaz ialah bekas Ketua Menteri wilayah Punjab, yang mewakili lebih separuh daripada 220 juta penduduk Pakistan. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan angkatan tentera.  – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...