Sheikh Abdullah Al-Manea sampaikan khutbah Arafah

MEKAH, 29 JULAI – Penasihat Mahkamah Diraja Sheikh Abdullah bin Suleiman Al-Manea akan menyampaikan khutbah Arafah untuk musim haji tahun ini, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Pemilihan itu dipersetujui oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, menurut kenyataan Presiden Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Khutbah Arafah akan disampaikan ketika jemaah haji berhimpun di Gunung Arafah untuk melakukan satu daripada rukun haji. Tahun lalu, khutbah disampaikan oleh ahli Majlis Ulama Kanan Sheikh Muhammad Bin Hassan Al-Asheikh di Masjid Namirah. – Bernama