Sheikh Khalifa dilantik semula presiden

ABU DHABI, 7 NOV – Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah melantik Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan sebagai presiden baharu negara itu, yang menyaksikan beliau mengekalkan jawatan berkenaan bagi penggal keempat berturut-turut.

Pemilihan semula beliau dibuat selaras dengan peruntukan Perlembagaan UAE, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan agensi berita rasmi negara itu, WAM.

Penentang Sheikh Khalifa mendakwa negara Teluk itu sebenarnya diperintah oleh putera mahkota Abu Dhabi Mohammed bin Zayed, yang juga adalah adik lelaki presiden tersebut.

Sheikh Khalifa mula memegang jawatan sebagai presiden pada 3 November 2004. – Bernama