Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Sheila bakal tampil bertemu peminat

    Menghampiri dekad keempat perjalanan karier bintang tersohor ini, untaian indah seperti Sinaran, Antara Anyir dan Jakarta, Dia serta Warna membawa Datuk Sheila Majid ke puncak kegemilangan dan pesona yang tidak pernah padam.

    Tidak hairanlah, setiap kali penyanyi yang pernah digelar ‘Little Miss Dynamite’ pada awal kemunculannya pada 1984 mementaskan konsert, himpunan lagu itulah yang dimahukan peminat untuk dipersembahkan, biarpun melewati kembara seninya, Sheila banyak menghasilkan album dan single yang tidak kurang hebat.

    Kembali mengubat rindu, Sheila bakal tampil dengan Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 pada 18 Mac tahun depan, acara yang cukup dinanti-nantikan peminat fanatik Ratu Jazz ini.

    Tambah manis, lokasi dipilih iaitu Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, menjadi premis konsert pertamanya, iaitu Konsert Warna pada 1988.

    “Ketika itu, saya tidak mempunyai banyak lagu yang hendak dibawa.

    Sheila menjanjikan persembahan berbeza apabila Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 akan membabitkan 23 pemuzik dengan susunan lagu segar. – Agensi

    “Seterusnya, Konsert Legenda saya anjurkan di Stadium Negara kerana lebih besar dan boleh memuatkan lebih ramai peminat,” katanya yang kali terakhir mementaskan konsert di Malaysia pada 2017.

    Justeru, selepas lima tahun tidak muncul di pentas, Sheila menjanjikan persembahan berbeza apabila Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 akan membabitkan 23 pemuzik dengan susunan lagu segar.

    Sheila berkata, 23 pemuzik itu membabitkan 13 pemain alat muzik hon atau tiupan, tujuh pemuzik band dan tiga penyanyi latar yang dipimpin pengarah muzik, Mac Chew.

    “Konsert ini dinamakan sebagai Big Band disebabkan konsep dan stail muzik yang hendak dipentaskan.

    “Band yang besar selalunya disertai sekurang-kurangnya 10 pemuzik. Konsert saya kelak akan membabitkan 23 pemuzik.

    “Konsep ini berbeza dengan orkestra yang membabitkan banyak pemain muzik ‘string’. Lagu yang akan didendangkan disesuaikan dengan konsep big band,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...