Shell Car Care kini di Babakimpo

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Brunei Shell Marketing (BSM) mengumumkan rangkaian produk pembersihan dan penyelenggaraan kereta Shell Car Care kini boleh didapati dari portal online tempatan, Babakimpo atau melalui kedainya, Kimpo Mart di The Walk, Beribi.

Menurut kenyataan dikeluarkan BSM, rangkaian produknya itu mampu membantu pelanggan membersihkan, melindungi dan meningkatkan keadaan dalaman dan luaran kenderaan mereka melalui proses penyelenggaraan mudah sepanjang tahun.

Shell Car Care merangkumi pelbagai kategori termasuk pembersihan kaca, pembersihan luaran, pembersihan dalaman, cairan prestasi dan penyelenggaraan kereta.

Pelanggan kini boleh membeli produk-produk tersebut secara online dengan satu klik sahaja dari rumah mereka.

BSM juga berhasrat untuk menambah lebih banyak lagi kedai yang akan menjual Shell Car Care dalam beberapa bulan akan datang.

Rangkaian produk Shell Care Care yang kini boleh dibeli secara online di Babakimpo. – Gambar serahan BSM