Shell rancang pindah ibu pejabat ke London, gugur nama Royal Dutch

THE HAGUE, 10 DIS – Pemegang saham dalam syarikat gergasi minyak Shell akan mengundi hari ini mengenai rancangan untuk memindah ibu pejabatnya dari Belanda ke Britain selepas satu abad dan menggugurkan nama Royal Dutch daripada namanya.

Firma tenaga terbesar Eropah berkata tindakan tersebut akan memudahkan cukai dan pengaturan sahamnya, dan mempercepat peralihannya kepada pelepasan sifar.

Namun pengerusinya juga mengaku pelan tersebut didorong oleh pembatalan pelan oleh kerajaan Belanda untuk mengeluarkan cukai ke atas dividen.

Kerajaan Belanda berkata ia ‘terkejut’ dengan pelan itu, sementara Britain telah mengalu-alukannya sebagai undi percaya dalam ekonomi Britain pasca Brexit.

Mesyuarat pemegang saham dijangka bermula pada pukul 10 pagi di auditorium Ahoy Rotterdam, yang menganjur Pertandingan Lagu Eurovision beberapa bulan lalu.

Mereka akan mengundi mengenai rancangan untuk Royal Dutch Shell memindah kediaman eksekutif tertinggi dan percukaian ke London, termasuk CEO Ben van Beurden. – AFP