Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Shell sertai projek LNG Qatar

    DOHA, 5 JULAI – Syarikat Minyak Shell menyertai projek Tenaga Qatar yang bernilai AS$28 bilion untuk memperluaskan lagi penghasilan di negara pengeluar minyak dan gas terbesar di dunia, menjadikan Shell sebagai rakan kongsi kelima dan terakhir di peringkat antarabangsa, hari ini.

    Syarikat yang beroperasi di Britain membeli 6.25 peratus saham dengan harga yang tidak dinyatakan, diikuti dengan TotalEnergies, Eni, ConocoPhillips dan ExxonMobil dalam projek North Field East.

    Pembangunan North Field adalah salah satu projek gas asli cecair (LNG) terbesar yang pernah disaksikan, menurut Qatar Energy. Kerjasama tersebut dibuat ketika ketegangan di peringkat geopolitik terhadap bekalan tenaga.

    Projek kemajuan bernilai AS$28.75 bilion itu dijangka akan meningkatkan lagi pengeluaran minyak Qatar dari 77 juta tan minyak setahun kepada 110 juta tan menjelang 2027.

    “Sebagai salah satu pemain utama dalam perniagaan LNG, Shell mampu memberikan dukungan dalam mencapai permintaan bekalan tenaga dunia dan keselamatan,” kata Menteri Tenaga Qatar, Saad Sherida al-Kaabi, juga selaku presiden dan ketua pegawai eksekutif Qatar Energy.

    Qatar Energy menjangkakan North Field akan disambung di bawah perairan Teluk ke wilayah Iran, yang memegang 10 peratus rizab minyak dan gas dunia.

    Projek LNG – sejenis gas dengan bentuk yang disejukkan agar memudahkan penghantarannya, dijangka akan beroperasi pada 2026.

    Sementara itu, projek berkenaan juga menjadi satu keutamaan antarabangsa selepas bekalan tenaga Eropah terjejas berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Selain itu, Korea Selatan, Jepun dan China telah menjadi platform pasaran utama bagi LNG Qatar.

    Tetapi sejak krisis bekalan tenaga yang melanda negara Eropah pada tahun lalu, negara Teluk telah membantu Britain dengan bekalan tambahan, dan juga mengumumkan mengenai perjanjian kerjasama dengan Jerman. – AFP

    Saad Sherida al-Kaabi (kanan) dan Ben van Beurden semasa menghadiri majlis penandatanganan kerjasama di ibu pejabat Qatar Energy di Doha. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...