Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Shell undur daripada projek minyak Laut Utara

-

LONDON, 3 DIS – Firma Royal Dutch Shell (gambar – AFP) telah berundur daripada pelan projek pelantar minyak Cambo di pesisir laut Scotland kerana pemerolehan yang tidak mencukupi, ketika firma tenaga itu berdepan tekanan untuk beralih kepada bahan api mesra alam.

Shell yang mempunyai 30 peratus saham dalam pembangunan Laut Utara, mengatakan lewat kelmarin bahawa peluang pelaburan itu ‘tidak cukup kukuh.’

Keputusan dibuat selepas kuasa-kuasa besar bulan lalu bersetuju mengekang penggunaan bahan api fosil di Scotland, pada sidang kemuncak iklim COP26.

Shell berhadapan desakan daripada aktivis mengenai cara syarikat itu ditadbir, dengan dunia kebanyakannya bergerak ke arah sasaran tenaga sifar bersih.

Cambo yang masih menunggu lampu hijau dari kerajaan UK, dibelenggu protes oleh pekempen alam sekitar – dan bantahan daripada Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon atas dasar iklim. –AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -