Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    SHENA anjur majlis Doa Kesyukuran, hulur sumbangan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Dalam semangat bulan suci Ramadan dan untuk menandakan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WDSHW), Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) telah mengadakan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SHENA, di sini, hari ini, WDSHW jatuh pada 28 April setiap tahun dan ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan kemalangan di tempat kerja serta memperbaiki budaya kerja dan juga amalan terbaik untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

    Tema tahun ini ‘Bertindak Bersama untuk Membina Budaya Keselamatan dan Kesihatan yang Positif’, meneroka topik-topik penyertaan dan dialog sosial dalam menjana budaya kesihatan dan keselamatan positif.

    Majlis bermula dengan Solat Fardu Zuhur berjemaah dan bacaan Doa Selamat dan Kesyukuran dan diikuti dengan penyampaian sumbangan derma daripada SHENA oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin selaku pengerusi Lembaga Pengarah SHENA kepada 16 buah keluarga yang dijemput.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga, Haji Azhar bin Haji Yahya selaku ketua pegawai eksekutif interim.

    Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke ketika menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga. – Gambar serahan SHENA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...