Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    SHENA tanam pokok dukung Strategi 2 BNCCP

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Pihak Berkuasa Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kebangsaan (SHENA), baru-baru ini, telah mengadakan aktiviti penanaman pokok sebagai sebahagian daripada usaha penghutanan semula kebangsaan dalam menyokong Strategi 2 Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei Darussalam (BNCCP) dan Inisiatif Protokol Hijau Kementerian Tenaga.

    Menurut kenyataan SHENA, aktiviti penanaman pokok berkenaan telah diadakan di Taman Sungai Berakas di Lebuh Raya Sultan Hassanal Bolkiah pada 31 Mac lalu.

    Kenyataan menyatakan lanjut bahawa pihak pengurusan dan kakitangan SHENA telah berjaya menanam anak pokok Tabebuia Rosea dengan mengetuai acara berkenaan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Tenaga, Haji Azhar bin Haji Yahya selaku ketua pegawai eksekutif interim SHENA.

    Aktiviti penanaman pokok itu adalah selaras dengan Strategi 2 BNCCP mengenai liputan hutan, yang menyeru bagi sebuah usaha bersepadu untuk meningkatkan sinki karbon Brunei Darussalam menerusi penghutanan semula dan penanaman hutan. Strategi itu menggariskan sasaran negara bagi penanaman seba-nyak 500,000 pohon pokok baharu menjelang 2035.

    Haji Azhar yang mengetuai aktiviti penanaman pokok yang diadakan di Taman Sungai Berakas pada 31 Mac lalu. – Gambar serahan SHENA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...