Thursday, April 24, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shenhua ‘senasib Man United’ – Wu

    SHANGHAI, 18 Sept – Jurulatih baru Shanghai Shenhua membandingkan kelabnya yang patah semangat kepada Manchester United selepas mereka dibelasah 6-1 oleh pesaing Shanghai SIPG dalam derbi terbesar China.

    Carlos Tevez keluar dari bangku simpanan di separuh masa kedua untuk menjaringkan gol ketiganya dalam Liga Super China (CSL), beberapa hari selepas jurulatih Wu Jingui berkata penyerang itu mempunyai berat badan berlebihan.

    Tetapi penyerang Argentina berusia 33 tahun itu, kalangan pemain yang bergaji mahal di dunia, hanya mampu menyaksikan Shenhua dibolosi enam gol dalam mimpi ngeri separuh masa kedua di Stadium Shanghai Sabtu lalu.

    Kekalahan kelima Shenhua dalam CSL menyebabkan mereka berada di kedudukan ke-12 dan Wu, yang menggantikan Gus Poyet berkata: “Kami meminta maaf kepada para penyokong.

    “Sama seperti ketika Manchester City mula meningkat, Manchester United merosot pada masa yang sama.

    Penyerang Shanghai Shenhua, Carlos tevez berjalan lemah selepas pasukannya tewas dalam aksi CSL menentang Shanghai SIPG dengan jaringan 6-1. – AFP

    “Shenhua merupakan sebuah kelab dengan sejarah dan selepas beberapa perubahan serta berfikir panjang, saya percaya kami boleh bangkit lagi, sama seperti pasukan Manchester United ketika ini.”

    Terdapat beberapa pergaduhan selepas perlawanan di tempat duduk apabila polis bergerak pada satu seksyen ke arah beberapa penyokong Shenhua yang enggan balik dan mahu kenyataan maaf dari kelab.

    Seorang penyokong pengsan dan pengawal keselamatan memaksa beberapa orang wartawan untuk meninggalkan tempat itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda