Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Shenzhen longgar sekatan bantu ekonomi negeri

    BEIJING, 18 MAC – Hab teknologi di selatan China Shenzhen telah melonggarkan sebahagian sekatan, selepas Presiden Xi Jinping menekankan keperluan untuk ‘mengurangkan kesan’ pandemik koronavirus ke atas ekonomi negara.

    Bandar dengan 17.5 juta penduduk, dikenakan sekatan penuh sejak Ahad, meneruskan kerja, operasi kilang dan pengangkutan awam di empat daerah dan satu zon ekonomi khas, kata kerajaan Shenzhen lewat semalam.

    Kawasan berkenaan telah ‘mencatat COVID sifar dinamik dalam komuniti,’ tambahnya.

    China melaporkan 4,365 jangkitan baharu di seluruh negara hari ini, menurut data Suruhanjaya Kesihatan Nasional, ketika negara bergelut membendung penularan Omicron, wabak koronavirus paling teruk sejak awal 2020.

    Berjuta-juta penduduk masih dikenakan sekatan di seluruh negara, kebanyakannya di bawah sekatan tempatan bertujuan menghapuskan kluster tanpa menutup seluruh bandar.

    Pegawai juga menggalak penggunaan ujian antigen pantas, disediakan kepada orang awam untuk kali pertamanya minggu lalu, menggesa penduduk bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri.

    China telah melaksanakan strategi COVID-sifar sejak pandemik bermula, menerusi sekatan tersasar, ujian beramai-ramai dan larangan perjalanan – pendekatan yang telah meninggalkannya semakin tersisih di dunia yang bergelut menyesuaikan diri kepada pandemik.

    Langkah baharu di Shenzhen diperkenalkan untuk mengimbangi ‘pencegahan epidemik dan kawalan dengan pembangunan ekonomi dan sosial’, menurut notis daripada pusat respons virus bandar. – AFP

    Gambar menunjukkan seorang kakitangan berjalan di makmal Fire Eye, fasiliti ujian COVID sementara, sebelum ia dibuka di Yantai di timur wilayah Shandong, China kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...