Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Shereen permata baharu olahraga M’sia

    KUALA LUMPUR, 16 MAC – Atlet kebangsaan Shereen Samson Vallabouy, yang cemerlang  pada Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan Divisyen II National Collegiate Athletic Association (NCAA) di Kansas, Amerika Syarikat, Sabtu lepas, kini boleh dianggap sebagai permata baharu sukan olahraga negara.

    Ketua Jurulatih olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil menyifatkan kejayaan Shereen memecahkan rekod kebangsaan 54.58 saat (s) milik Noraseela Mohd Khalid dicatat 16 tahun lepas di Jerman, dengan catatan 53.79s untuk menjuarai acara 400 meter (m) dalam dewan itu, sebagai pencapaian sensasi dan membanggakan.

    Sekiranya mampu mengekalkan prestasi serta lariannya pada masa akan datang, Mohd Manshahar percaya atlet berusia 24 tahun itu yang sedang menuntut dalam bidang rekreasi dan pelancongan di Winona State University sejak 2019, boleh memecahkan rekod kebangsaan 400m luar dewan milik Allahyarham Rabia Abdul Salam yang dilakar pada 1993 di Filipina.

    “Itu satu kemungkinan besar (pecah rekod kebangsaan 400m) kerana pertandingan dalam dan luar dewan tidak sama, kebiasaannya masa akan lebih pantas bagi acara luar dewan disebabkan pelari hanya perlu berlari satu pusingan dan dua selekoh.

    “Jika dalam dewan yang mempunyai jarak 200m bagi satu pusingan, pelari perlu banyak mengawal kecondongan badan kerana perlu berlari dua pusingan dan empat selekoh.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...