Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Sheryl Sandberg berundur dari Facebook

    SAN FRANCISCO, 2 JUN – Eksekutif kedua Meta yang paling berpengaruh, Sheryl Sandberg, membuat pengumuman mengejutkan kelmarin yang dia akan mengundurkan diri selepas tempoh 14 tahun.

    Dia berjasa dalam mengemudi Facebook yang mudah terdedah kepada isu skandal menjadi satu dominasi pengiklanan yang besar.

    Sandberg, 52, menjadi salah seorang wanita paling berpengaruh di Silicon Valley dan pemergiannya menyebabkan media sosial itu akan berdepan dengan masa depan yang tidak menentu dan persaingan yang sengit.

    Pemergiannya daripada induk Facebook Meta akan berkuat kuasa pada musim luruh, tulisnya dalam platform itu, sambil menambah dia me-rancang untuk kekal di lembaga pengarah firma tersebut.

    Berlatarbelakangkan pendidikan Harvard, Sandberg telah menyertai Facebook pada tahun 2008 ketika ia masih hanya sebuah permulaan, memainkan peranan formatif dalam pembangunannya yang menjadi empayar pengiklanan yang bernilai bilion dolar.

    Rangkaian sosial itu baru-baru ini telah menjenamakan semula dirinya dalam peralihan menuju ke arah menjadi dunia maya yang serba nyata, yang disebut sebagai metaverse. – AFP

    Sheryl Sandberg berundur daripada peranannya sebagai ketua pegawai operasi Facebook kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...