Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Shia LaBeouf dedah derita alami gangguan mental

    Pelakon Shia LeBeouf (gambar) mendedahkan dia pernah terfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya gara-gara terbeban dengan masalah kehidupan.

    Dalam satu temu bual di sebuah saluran YouTube, Shia mendedahkan ketika itu dia merasakan berada pada detik paling rendah dalam hidupnya sehingga terfikir mengambil nyawa sendiri.

    “Pernah rasakan dunia seperti sudah hancur, tiada yang mahu bercakap dengan saya termasuk ibu sendiri.

    “Pengurus saya juga tidak menghubungi saya dan saya rasa terputus dengan dunia luar. Saya tidak mahu hidup lagi apabila perasaan itu menyelubungi diri saya. Rasa malu yang tidak boleh saya gambarkan. Saya terperangkap dan tidak boleh ke mana-mana,” katanya.

    Shia sebelum ini dilaporkan banyak terkait dengan tindakan undang-undang yang mendorong kepada tekanan mental dihadapinya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...