Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Shidee merajuk 14 tahun

    Rajuk hatinya bukan seketika, namun, penyanyi bersuara lunak merdu, Shidee pernah menghilangkan diri dengan meninggalkan dunia nyanyian selama 14 tahun.

    Puncanya, terlalu kecewa dengan syarikat rakaman apabila kehendak hatinya tidak dapat dituruti.

    Dalam tempoh 14 tahun, Shidee yang pernah diangkat sebagai Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 1987 sanggup menolak tawaran nyanyian disebabkan terbawa-bawa emosi dan kekecewaannya.

    Diasak punca merajuk terlalu lama, penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat, Bayangan Wajahmu dan Amy itu mendedahkan, ia disebabkan syarikat rakaman enggan menggunakan khidmat komposer yang juga Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab selaku penerbit album keempat.

    “Jujurnya, saya sudah biasa bekerja dengan Ahmad Nawab. Saya tak dapat nafikan, menerusi sentuhannya, nama saya meledak, suatu ketika dahulu.

    Rezeki Shidee melimpah ruah selepas menyertai Gegar Veganza Musim ke-8. – Agensi

    “Jadi, apabila syarikat rakaman mahu menukar komposer lain tanpa pengetahuan, tentulah saya tidak boleh terima.

    “Saya beritahu komposer dilantik agar tidak meneruskan. Ini kerana saya terlalu sayangkan Ahmad Nawab.

    “Hubungan saya dengan syarikat rakaman memang berantakan ketika itu. Saya bertemu Ahmad Nawab untuk mengadu, tetapi saya tak boleh buat apa-apa kerana masih terikat kontrak satu album dengan syarikat.

    “Jadi, mahu tidak mahu, saya perlu meneruskan juga walaupun hati tidak rela,” dedah Shidee kepada BH Online.

    Baru-baru ini, Shidee menjayakan persembahan Konsert Tribute Seniman Negara Datuk Seri Ahmad Nawab di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur.

    Bagaimanapun, Shidee mengakui, kehidupannya sukar selepas meninggalkan kerjaya nyanyian, lantas terpaksa melakukan pelbagai kerja demi kelangsungan hidup sehingga terpaksa menjual kereta sport miliknya disebabkan kekangan kewangan.

    Mujur, katanya, dia masih belum berumahtangga, justeru tidak risau soal nafkah buat isteri dan anak. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...