Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Shila Amzah sudah berpunya?

    Pelakon dan penyanyi, Shila Amzah menjawab soalan panas peminat mengenai kisah peribadinya, sewaktu berkongsi pautan NGL (Not Gonna Lie) di Instagram miliknya.

    Dalam soalan itu, ada yang bertanyakan adakah dirinya baik-baik sahaja jika diambil sebagai isteri kedua dan hidup bermadu.

    “Are you okay kalau diambil sebagai isteri kedua dan hidup bermadu?” Soal peminat tersebut

    Shila kemudian memberitahu bahawa seboleh-bolehnya dia mahu mengelakkan diri daripada hidup bermadu.

    “Setakat ini my answer is no, saya tak tau la masa depan macam mana. Tapi kalau saya boleh elak saya akan sebolehnya elak,” jawab Shila

    Shila Amzah mengaku dia sudah terbuka untuk berkahwin semula namun bukan dalam masa terdekat. – Agensi

    “Saya telah menambahkan individu baharu dalam senarai,” tambahnya lagi, Shila juga dilihat memberi ‘hint’ seakan sudah berpunya ketika disoal oleh peminat tentang individu kegemarannya.

    “Selain dari anak lelaki saya, saya telah menambahkan individu baharu dalam senarai.
    Tetapi saya tidak boleh memberitahu awda,” jelas Shila

    Dalam pada itu, peminatnya di Instagram turut bertanya padanya adakah dia sudah terbuka hati untuk berkahwin semula.

    “Dah terbuka tapi bukan sekarang,” kata Shila

    Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan Shila yang memaklumkan bahawa dia telah sah bercerai dengan suaminya. Dedah Shila, pada Disember tahun lalu, ketika itu dia sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...