Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

Shila Hamzah juara TMSM musim kedua

-

Misteri pemilik suara merdu terbongkar apabila penyanyi Shila Amzah yang memakai kostum Rambutan diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua yang disiarkan pada malam Jumaat lalu.

Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah, 31, mendapat markah tertinggi daripada pihak juri selepas menyanyikan dua buah lagu iaitu Bujang Senang nyanyian asal Wings dan Hurt (Christina Aguilera).

Sementara itu, juara program Akademi Fantasia 2016 iaitu Amir Masdi yang menyarungkan kostum Seladang pula menduduki tempat kedua. Manakala, penyanyi Liza Hanim yang memakai kostum Orkid berpuas hati memenangi tempat ketiga.

Pelakon Hanna Delisha yang memakai kostum Burung Hantu menduduki tempat keempat, manakala penyanyi Ara Johari (Ratu Semut) di tempat kelima.

Persembahan peserta pada malam itu diadili oleh lapan orang juri tiaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Zizan Razak, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak.

Rancangan yang bersiaran selama 10 minggu itu dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk AC Mizal. Sembilan selebriti tersingkir pada minggu sebelum ini terdiri daripada Reshmonu (Periuk Kera), Sabhi Saddi (Bujang Senang), Keifli Othman (Nanas) dan Zul Huzaimy (Mat Penyu).

Selain itu, Sazali Samad (Teh Tarik Kaw), Ray Era (Harum Manis), Iman Troye (Aiskrim Roti), Sherry Ibrahim (Si Merak), dan Datin Seri Maria Farida (Pepatung).

TMSM merupakan program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Untuk rekod, juara TMSM musim pertama dimenangi oleh penyanyi Aina Abdul yang memakai kostum Bunga Raya, manakala Vanessa Ben yang menyarung kostum Rajah Brooke menduduki tempat kedua, manakala Tuju di tempat ketiga. – Agensi

Shila Amzah yang memakai kostum Rambutan diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -