Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Shila luah kegundahan hati

    Satu demi satu kejayaan dilakar penyanyi yang pernah mencipta nama di negara Tembok China, Shila Amzah, 32, pada 2022, lantas membuktikan nama dan kredibiliti sebagai penyanyi masih ditagih dalam pasaran muzik tanah air.

    Biarpun agak tenggelam beberapa tahun lalu, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah bangkit sebelum berjaya merangkul pelbagai kejayaan.

    Tahun 2022 boleh dikatakan fasa kebangkitan penyanyi yang pernah mencipta sensasi di China bermula 2012 itu apabila menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36) menerusi lagu Pelukan Angkasa hasil kolaborasi bersama kumpulan SOG.

    Malah, kejuaraannya dalam The Masked Singer Malaysia musim kedua turut membuktikan semangat juang anak kepada penyanyi legenda ND Lala itu tidak pernah luntur.

    Kejayaan Shila menduduki tempat ketiga dalam program realiti, Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) juga sudah cukup meyakinkan peminat bahawa dirinya adalah penyanyi hebat dan versatil.

    Shila menjadikan karya terbaharu iaitu single Jauh Hati sebagai ruang melepaskan kegundahan nurani. – Agensi

    Bagi meneruskan rentak kecemerlangan, penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu melancarkan karya baharu berjudul Jauh Hati, sebelum kalender 2022 melabuhkan tirai.

    Lagu ciptaan Shila itu menceritakan kisah hidup yang pernah dilaluinya dalam mempertahankan hubungan bersama insan tercinta.

    “Lagu Jauh Hati menceritakan seseorang dalam suatu perhubungan dan cuba mempertahankannya. Dia berada dalam dilema sama ada perlu kekal setia dalam perhubungan, sedangkan dirinya seperti tidak dihargai.

    “Akhirnya, dia ambil keputusan membawa diri. Dia jauh hati, lantas terus meninggalkan perhubungan sia-sia itu,” katanya kepada BH Online.

    Penerima trofi Artis Kanak-Kanak Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2000 itu berkata, cabaran terbesar ketika merakamkan lagu berkenaan adalah menahan daripada mengalirkan air mata. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...