Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Shilpa Shetty akhirnya bebas tuduhan cabul

    Selepas 15 tahun, akhirnya aktres Bollywood Shilpa Shetty secara rasmi bebas daripada tuduhan berkelakuan lucah dan tidak senonoh dengan aktor Richard Gere pada 2007.

    Memetik laporan BCC, mahkamah memutuskan bahawa aktres tersebut merupakan mangsa perbuatan pihak tertuduh pertama iaitu Richard Gere.

    “Shilpa Shetty adalah mangsa dari perbuatan tertuduh pertama (Richard Gere),” kata Hakim seperti yang dilaporkan menerusi AFP.

    Sebelum ini, tindakan Richard Gere memeluk dan mencium tangan serta pipi Shilpa Shetty ketika acara AIDS pada 2007 secara terbuka mengundang kemarahan ramai pihak.

    Aksi itu membuatkan segelintir penganut Hindu berang sehingga membakar patung dua selebriti tersebut sebagai bentuk protes.

    Pihak mahkamah kemudian mengeluarkan surat penangkapan dan dua selebriti itu berdepan dengan tuduhan berkelakuan tidak senonoh.- Agensi

    Selepas 15 tahun Shilpa Shetty secara rasmi bebas daripada tuduhan berkelakuan lucah dan tidak senonoh.- Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...