Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Shilpa terima apartmen, rumah bernilai lebih RM21.5 juta

    Bertuah sungguh aktres Bollywood terkenal ini apabila suaminya, Raj Kundra memindahkan hak milik apartmen dan rumah di kawasan kelas tinggi, Juhu bernilai lebih RM21.5 juta kepadanya.

    Menurut laporan zapkey.com yang disebut dalam artikel portal Time of India, Raj yang juga ahli perniagaan, telah memindahkan harta bernilai RS38.5 crocre atau bersamaan RM21.5 juta kepada isterinya itu.

    Dalam dokumen yang diakses oleh sumber, ia menunjukkan bahawa Raj Kundra memindahkan lima buah apartmen dalam bangunan bernama Ocean View yang terletak di Juhu bersama-sama dengan keseluruhan ruang bawah tanah kepada nama isterinya.

    Time India melaporkan lagi bahawa Varun Singh, Pengasas SquareFeatIndia.com berkongsi bahawa jumlah kawasan yang dipindahkan oleh Raj Kundra kepada Shilpa Shetty berukuran sekitar 5,996 kaki persegi.

    Ia juga merupakan rumah yang telah digunakan oleh suami dan isteri ini sebagai alamat terkini mereka.

    Shilpa, sebaliknya membayar duti setem lebih kurang RM1 juta atau pun RS1.9 crore ke atas surat ikatan pemindahan. Dokumen itu dilapor telah didaftarkan pada 21 Jaunari 2022.

    Pasangan itu telah berkahwin pada 2009 dan memiliki dua orang cahaya mata bersama.

    Tahun lalu Raj Kundra telah terpalit dengan kontroversi apabila namanya dikaitkan dengan isu berkaitan kes pornografi, walaubagaimanapun dia telah dilepaskan dengan ikat jamin. – Agensi

    Shilpa Shetty menerima apartmen dan rumah di kawasan kelas tinggi, Juhu bernilai lebih RM21.5 juta daripada suaminya, Raj Kundra. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...