Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Shima Anuar jalani pembedahan gugur kandungan

    Pelakon Shima Anuar berkongsi berita sedih apabila terpaksa menjalani pembedahan menggugurkan kandungan selepas disahkan hamil luar rahim.

    Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar, 31, memaklumkan dia kini berada di unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan kerana banyak kehilangan darah.

    “Ia sangat menyakitkan. Saya masih berada di unit rawatan rapi.

    “Saya kehilangan banyak darah ketika pembedahan dan saya hilang anak yang berusia tiga bulan dalam kandungan kerana hamil luar rahim.

    “Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Saya akan kembali sihat,” tulisnya.

    Shima Anuar berkongsi berita sedih apabila terpaksa menjalani pembedahan menggugurkan kandungan selepas disahkan hamil luar rahim. – Agensi

    Pada malam kelmarin Shima juga dilihat memuat naik satu hantaran di IG story memohon maaf dan doa sebelum dia menjalani pembedahan.

    “Maafkan saya. Ampunkan saya jika ada salah dan silap. Doakan saya,” ucapnya.

    Pada 17 Februari lalu, Shima berkongsi berita gembira apabila dia mendapat tahu dirinya hamil anak ketiga.

    Selepas mendapat nasihat doktor, Shima terpaksa membatalkan semua tawaran kerja di set penggambaran kerana bimbang dia dan kandungannya terdedah kepada jangkitan COVID.

    Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Mohd Solih Toha, 54, pada April 2017.

    Pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Iman, 2. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...