Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Shimao gagal bayar bon AS$1 bilion

    BEIJING, 4 JULAI – Sebuah firma pemaju hartanah China, Kumpulan Shimao berkata firma mereka gagal membuat pembayaran bon berjumlah AS$1 bilion yang sepatutnya dibayar kelmarin, satu tunggakan besar setakat ini di negara yang mengalami kemeruduman dalam sektor hartanah.

    Sektor hartanah China telah pun bergelut sejak pihak berkuasa mula melancarkan tindakan keras pada hutang yang melampau dan spekulasi ke atas pengguna pada 2020, dengan syarikat gergasi seperti Evergrande dan Sunac berusaha untuk membuat pembayaran serta perbincangan dengan pemiutang. Krisis berkenaan mencetuskan kekhuatiran sehingga firma bergelut untuk memperluaskan lagi ekonomi mereka, dan perkara yang mengejutkan lagi kelmarin, apabila Shimao mengongsikan bahawa syarikat tersebut belum membuat pembayaran prinsipal dan kadar faedah dalam bentuk bon yang bernilai AS$1 bilion.

    Dalam pemfailan di bursa saham Hong Kong, Shimao berkata syarikat berkenaan mengalami kemerosotan dalam penjualan berkontrak yang disebabkan oleh beberapa perubahan ketara kepada persekitaran makro dalam sektor hartanah di China sejak separuh kedua tahun lalu dan impak daripada COVID.

    Firma tersebut menambah bahawa mereka berusaha untuk berbincang mengenai pembiayaan semula dan penepian tetapi tidak berjaya membuat sebarang pembayaran kerana cabaran dalam situasi pasaran pada masa ini. – AFP

    Kumpulan Shimao gagal membuat pembayaran bon berjumlah AS$1 bilion ketika negaranya mengalami pergelutan dalam sektor hartanah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...