Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shinmoe meletus lagi

    TOKYO, 27 Jun – Gunung Shinmoe yang terletak di barat daya Kyushu, Jepun meletus sekali lagi hari ini, menurut agensi cuaca di sini, lapor Xinhua.

    Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata, gunung berapi yang merentangi wilayah Kagoshima dan Miyazaki itu, meletus pada jam 3:34 petang waktu tempatan.

    Letusan menyebabkan asap dan abu setinggi 2,200 meter ke udara.

    JMA mengekalkan tahap amaran skala tiga daripada skala lima dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak berada berhampiran kawah gunung berapi yang setinggi 1,421 itu, terletak di pergunungan Kirishima.

    Setakat ini tiada laporan kecederaan atau kerosakan harta benda. Gunung berapi itu pernah meletus lima hari lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda