Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Shiqin sertai kelas Muay Thai, ingin jadi Angelina Jolie M’sia

    Menjadikan pelakon Angelina Jolie sebagai inspirasi, pelakon, Shiqin Kamal mula menyertai kelas Muay Thai Boxing dan menunggang kuda sebagai hobi baharunya.

    Menurut Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 31, persiapan itu dilakukan jika dia mendapat tawaran untuk filem atau drama yang melibatkan aksi.

    “Saya sebenarnya ingin jadi Angelina Jolie Malaysia. Saya nak buat stunt sendiri macam Angelina dalam filem Salt.

    “Tapi kalau jauh sangat, saya ingin jadi Hairul Azreen versi perempuan. Sebab itu saya mula masuk kelas Muay Thai Boxing dan kelas menunggang kuda. “Just incase, kalau ada orang tawarkan untuk filem aksi atau epik. Selain itu, saya nak belajar main pedang dan ambil lesen skuba,” katanya kepada mStar.

    Pelakon filem Ada Hantu itu ditemui ketika acara Fitness Champ yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini. Shiqin turut memenangi pingat pertama dalam perlawanan Fight Like A Girl yang diadakan di acara tersebut.

    Dalam pada itu, Shiqin turut berkongsi keadaan kesihatannya selepas pulih daripada dijangkiti COVID sekitar Februari lalu.

    Menurut pelakon drama Cik Ayu Mee Sanggul ini, dia mengalami masalah pernafasan yang teruk ketika hari pertama sesi latihan selepas baik daripada COVID. Malah, dia mengalami serangan panik gara-gara sukar bernafas.

    “Hari pertama sesi latihan selepas baik COVID, saya tak boleh hendak lakukan senaman yang biasa saya buat. Malah, saya kena serangan panik gara-gara tidak boleh nak bernafas… hendak menangis sebab dada rasa ketat sangat. Rasa macam saluran pernafasan ditekan.

    “Saya tidak ada sakit asma tapi masa kena COVID saya tidak boleh baring tegak sebab tidak cukup nafas… rasa seperti hendak mati,” ujarnya. – Agensi

    Shiqin Kamal mula menyertai kelas Muay Thai Boxing dan menunggang kuda sebagai hobi baharunya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...