KUALA LUMPUR, 21 OKT – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menggesa Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd (Shopee) memberikan justifikasi mengenai perlakuannya dan memberi penyelesaian terhadap aduan pelanggan dan peniaga berhubung perkhidmatan penghantarannya.
MyCC berkata, susulan aduan tersebut, pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan pengendali platform beli-belah dalam talian itu pada 19 Oktober. Katanya syarikat itu turut diminta untuk menjelaskan bagaimana isu berkenaan akan ditangani secara dalaman tanpa menjejaskan kepentingan pengguna menjelang akhir bulan ini.
“Sehubungan itu, berikutan peningkatan aduan pengguna dan peniaga terhadap Shopee kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatannya, MyCC telahpun mengambil langkah aktif untuk mengadakan pertemuan dengan Shopee bagi mendalami isu itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama