Shrewsbury ikat Liverpool

LONDON, 27 JAN – Liverpool telah mensia-siakan peluang meskipun mendahului jaringan dengan 2-0 apabila kelab dari divisyen satu liga Shrewsbury berjaya bangkit menyamakan kedudukan 2-2.

Perlawanan pusingan ke-4 ini akan diadakan sekali lagi di Anfield. Pengurus Liverpool Jurgen Klopp memberi banyak tumpuan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris buat pertama kalinya sejak 30 tahun lalu, Klopp membuat penukaran kesebelasan utama pemainnya semalam selepas menang menentang Wolves minggu lalu.

Klopp membuat keputusan akan menurunkan pemain-pemain muda di perlawanan pusingan ulangan di Anfield atas sebab hari tersebut jatuh pada percutian musim sejuk selama dua minggu dari beraksi di pertandingan Liga Perdana.

“Saya sudah bercakap kepada budak-budak, dua minggu lalu di mana mereka semua akan dapat cuti musim sejuk. Jadi dia tidak akan berada di sana,” jelas Klopp, beliau merancang pemain bawah 23 tahun itu akan dikendalikan oleh jurulatih Neil Critchley.

“Pemain-pemain remaja yang akan turun beraksi di perlawanan itu,” tambahnya.

Liverpool mendahului perlawanan apabila pemain muda mereka Curtis Jones berusia 18 tahun berjaya menjaringkan gol di awal babak pertama perlawanan di minit ke-15, Liverpool gagal menyudahkan perlawanan setelah Shrewsbury membuat serangan dan bertahan sehingga separuh mata pertama selesai.– AFP

Reaksi pemain Shrewsbury Jason Cummings ketika meraikan jaringannya dari sepakan penalti menentang Liverpool di Montgomery Waters Meadow. – AP