Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Shuhada guna bahan premium setanding hotel 5 bintang

    Cubaan isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tampil dengan sebuah produk biskut mendapat kritikan apabila ada segelintir pihak mendakwa ia dijual dengan harga tidak masuk akal.

    Ia susulan biskut dengan enam seleksi berlainan perisa bersama sos cicah itu dijual dengan harga RM179 dan ramai menganggap ia terlalu mahal dan tidak mampu untuk membelinya.

    Menjelaskan perkara itu, Shuhada, 29, berkata, pihaknya mengenakan caj itu memandangkan bahan-bahan premium digunakan untuk membuat biskut tersebut.

    Shuhada berkata, pihaknya tidak menggunakan coklat sembarangan malah memberitahu sos cicah dihasilkan setanding dengan yang dihidangkan di hotel bertaraf lima bintang.

    Dipping sauce kita bukan cap ayam. Bukan sos pencicah murahan seperti yang dicanang oleh makcik bawang tu.

    Shuhada memberi penjelasan mengenai isu harga produk keluarannya dikatakan terlalu mahal. – Agensi

    “Pertama, saya beri nama Milky Chocolato yang menggunakan jenama coklat terkenal dunia. Semua orang pun kenal.

    “Kedua, Bueno Bueno yang ada filling Kinder Bueno Hazelnut White Chocolate dan terakhir, sos karamel ala-ala pencuci mulut di hotel lima bintang,” katanya.

    Shuhada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, Shuhada turut menegaskan produk jualannya bersesuaian dengan harga kerana boleh dinikmati seisi keluarga.

    “Untuk yang baharu tengok produk biskut tersebut jangan cepat melompat. Dalam satu kotak ada enam jenis biskut. Bukan enam ketul ya. Memandai je yang komen tu.

    “Harga memang bukan untuk makan seorang. Kuantiti dalam pun boleh kongsi satu keluarga. Jadi, ini bungkusan raya yang berbaloi untuk dikongsi satu keluarga,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...