Shuk buka gerai kopi tepi jalan

Selama empat bulan pelawak kontroversi, Shuk Sahar, 36, berdepan tempoh mencabar, selain terpaksa turun rumah ke rumah bagi melakukan kejutan hari jadi apabila memulakan perniagaan bersama keluarga.

Tidak mudah buat bekas penyampai radio itu bangkit, apatah lagi, memulakan perniagaan selepas berdepan kontroversi mengaitkan rumah tangga bersama isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera.

Bagaimanapun, Shuk berkata, dia bersyukur atas sokongan rakyat Malaysia ke atas perniagaan kafe minuman miliknya, Semooth Cafe.

Meskipun dikecam gara-gara terpalit dengan konflik cinta segi, perniagaannya diusahakan sejak April lalu tidak terjejas, walaupun berdepan tempoh mencabar pada awal pembukaan.

“Sejujurnya, empat bulan pertama memang tempoh agak mencabar. Bukan sahaja keluar duit sendiri, malah saya terpaksa turun rumah ke rumah bagi membuat kejutan hari jadi kepada pelanggan yang membeli minuman.

Shuk berkata, dia bersyukur atas sokongan rakyat Malaysia ke atas perniagaan kafe minuman miliknya, Semooth Cafe. – Agensi

“Alhamdulillah, orang Malaysia memang baik-baik. Apabila melihat saya cuba melakukan sesuatu berbeza dan berniaga bersama keluarga, mereka mendoakan dan menyokong saya.

“Rakan-rakan pun ramai datang ke gerai memberi sokongan. Saya  bersyukur perniagaan tidak terjejas walaupun saya terpalit kontroversi.

“Lagi pun, kemelut berlaku sudah pun berakhir,” katanya kepada media.

Enggan terus dibayangi kemelut yang berlaku, Shuk dan isteri bangkit mengembangkan perniagaan minuman dengan membuka gerai SemoothNgopi di Denai Alam, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, pembukaan gerai yang juga idea daripada Sera dibuka bersama rakan kongsi, Muhammad Faizal atas tujuan membantu peniaga kecil.

“Idea membuka kedai kopi ini daripada Sera, dia memang minat berniaga. Kita tengok ramai peminat kopi, jadi tercetuslah idea buka kedai kopi tepi jalan. – Agensi