Shuk tak kecil hati

Dijadikan bahan jenaka apabila disama-kan dengan wanita dikenali sebagai Qaseh Eiman, pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar tidak kisah.

Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, berkata, dia tidak sangka ada wanita mirip wajahnya, namun tidak mengambil hati usikan nakal warganet.

“Memang betullah ada tujuh wajah dalam dunia ini. Saya sudah berjumpa orang kedua. Warganet tanya adakah kakak atau adik saya. Kami tiada pertalian darah dan tiada kena mengena dengan saya,” katanya kepada media.

Terdahulu, tular aksi seorang gadis mengamuk di hadapan pintu masuk gedung perabot popular mencuri perhatian warganet. Wajah gadis itu dikatakan mirip Shuk.

“Saya tak kisah disamakan dengan Qaseh sebab orang ramai pun tahu, itu bukan saya. Pada saya, benda ini kelakar sebab selagi tidak memberi kesan pada saya. Bagaimanapun, jika betul adik beradik saya yang buat, mungkin saya tak rasa kelakar.

“Bagaimanapun, setakat ini, saya terbuka dan okay sahaja. Saya sendiri pernah muat naik di laman sosial bergurau mengenai kami,” katanya yang ditemui pada majlis memperkenalkan stesen televisyen (TV) swasta terbaharu, Awesome TV, baru-baru ini. – Agensi

Shuk menafikan dirinya memiliki pertalian persaudaraan bersama Qaseh Eiman,yang dikatakan memiliki paras rupa yang sama. – Agensi