SIA kurangkan 4,300 kerja

SINGAPURA, 10 SEPT – Singapore Airlines (SIA) berkata hari ini ia telah mengurangkan kira-kira 4,300 pekerjaan – kira-kira 20 peratus tenaga kerja – akibat impak koronavirus dan menekankan sebarang pemulihan akan memakan ‘masa lama dan berdepan ketidakpastian’.

SIA merupakan syarikat penerbangan terbaharu mengumumkan pemberhentian kerja besar-besaran ketika industri penerbangan global berdepan krisis besar akibat sekatan perjalanan bagi mencegah penularan koronavirus.

Kira-kira 1,900 jawatan telah disingkirkan baru-baru ini atas sebab pembekuan rekrut baharu, persaraan, berhenti sukarela dan sekitar 2,400 lagi selanjutnya.

Jawatan-jawatan yang dikurangkan melibatkan SIA, SilkAir dan penerbangan tambang murah, Scoot di Singapura dan luar negara.

“Masa depannya akan kekal mencabar,” kata ketua eksekutif SIA, Goh Choon Phong. – AFP