Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    SIA: Pramugari hamil boleh kekalkan kerja

    SINGAPURA, 11 OKT – Pramugari syarikat penerbangan Singapore Airlines tidak lagi berdepan pemecatan selepas hamil, menurut syarikat penerbangan itu, mengabaikan amalan yang sudah lama dikritik.

    Sebelum ini, kru kabin akan dipecat selepas mereka hamil dan doktor syarikat mengisytiharkan mereka tidak cergas untuk penerbangan, kata syarikat itu.

    Mereka yang mahu kembali menjalankan tugas di udara, selepas melahirkan anak damit, hanya perlu membuat permohonan semula.

    Namun SIA memberitahu AFP dalam satu kenyataan hari ini bahawa kru kabin yang hamil boleh memohon kerja-kerja sementara di terminal dalam tempoh tiga sehingga sembilan bulan selepas mengumumkan mereka hamil.

    “Semua kru kabin hamil layak mendapat cuti bersalin berbayar dan boleh menyambung semula tugas-tugas sebagai kru kabin selepas cuti bersalin itu,” menurut kenyataan itu.

    “Jawatan di terminal tertakluk kepada kekosongan dan sama ada individu tersebut mempunyai kemahiran bersesuaian,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...