Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    SIA tambah kekerapan penerbangan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Singapore Airlines (SIA) akan menambah kekerapan penerbangan di antara Singapura dan Negara Brunei Darussalam bermula 5 Mac depan kepada lima penerbangan setiap minggu iaitu meningkat daripada tiga penerbangan seminggu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SIA, di sini, dari 9 hingga 26 Mac, semua penerbangan dari Negara Brunei Darussalam ke Singapura pada Rabu, Khamis, Jumaat dan Ahad adalah penerbangan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) kecuali Isnin yang merupakan penerbangan bukan VTL.

    Walau bagaimanapun, dari 27 Mac hingga hujung Oktober, kesemua lima penerbangan dari Brunei ke Singapura adalah penerbangan VTL.

    SIA memperkenalkan produk kabin baharu yang dinanti-nantikan di atas pesawat Boeing 737-8 bagi penerbangan di antara Singapura dan Brunei Darussalam bermula 24 Disember di mana SIA mengendalikan tiga penerbangan setiap minggu dalam laluan berkenaan pada Isnin, Jumaat dan Ahad.

    Kenyataan menyatakan lanjut bahawa SIA mengendalikan pesawat Boeing 737-8 bagi laluan Brunei ke Singapura yang mempunyai kapasiti tempat duduk seramai 154 orang penumpang.

    Pesawat itu mengetengahkan produk-produk kabin terbaharu SIA termasuk tempat duduk kelas perniagaan lie-flat dan tempat duduk ekonomi slim-line generasi terkini.

    Pesawat itu juga dilengkapi dengan sistem hiburan dalam penerbangan X-Series Panasonic yang membolehkan penumpang untuk menikmati kandungan hiburan KrisWorld terkini.

    Para penumpang juga boleh menikmati Wi-Fi dalam penerbangan serta perkhidmatan sambungan data mudah alih.

    Kenyataan menyatakan bahawa tiket-tiket bagi penerbangan Brunei-Singapura dapat diperoleh di laman sesawang SIA dan ejen-ejen pelancongan. Para pelanggan yang berniat untuk belayar dengan perkhidmatan VTL perlu memastikan bahawa mereka memenuhi keperluan VTL sebelum penerbangan.

    Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai keperluan bagi perjalanan di penerbangan komersial SIA ke Brunei, boleh melayari laman nasihat perjalanan SIA.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...