Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Siap sedia atau sebaliknya?

    Alhamdulillah bermula 15 Jun, beberapa langkah pengawalan COVID di negara kita mula dilonggarkan.

    Antaranya pembukaan sempadan darat dan laut bagi perjalanan penting, pemansuhan imbasan kod QR BruHealth, ujian saringan ART di pejabat-pejabat dihentikan dan tiada ujian swab prapelepasan bagi mereka yang hendak masuk ke negara ini.

    Namun persoalan di sini adakah kita bersedia menerima risiko daripada pelonggaran ini?

    Memang tidak dinafikan pelonggaran pengawalan COVID ini banyak memberikan kebaikan kepada kita sebagai salah satu contoh kita sudah sebanding dengan negara-negara jiran yang sudah banyak melonggarkan langkah pengawalan COVID mereka.

    Namun dalam keseronokan kita dengan kelonggaran ini, kita juga perlu tidak melupakan keburukannya yang mana salah satunya menguji ketelusan orang ramai dalam memastikan tidak menjadi penyebar virus.

    Memang kita tidak diperlukan untuk mengimbas kod BruHealth (gambar) sebelum memasuki mana-mana premis, akan tetapi tidak bermaksud kita sewenang-wenangnya bebas memasuki premis jika mengalami simptom yang dikhuatiri menjangkiti orang lain.

    Memadailah kita untuk teranah di rumah dan meminta bantuan orang lain jika ada sebarang keperluan. Begitu juga bagi penjawat-penjawat awam, meskipun ujian ART ditiadakan alangkah baiknya demi keselamatan bersama dan mungkin sudah menjadi kebiasaan selama musim penularan COVID ini tetap lakukanlah ujian ART secara berkala seperti melakukan sekali atau dua kali seminggu bagi memastikan tahap kesihatan kita.

    Semasa pengumuman pelonggaran langkah kawalan COVID ini juga, dinyatakan negara kita sedang merancang untuk pembukaan sempadan darat dan laut sepenuhnya pada 1 Ogos nanti.

    Justeru diingatkan kepada orang ramai yang ingin membuat perjalanan ke negara jiran nanti supaya tidak lalai dan terlebih seronok semasa berada di luar negara sehingga lupa akan kewaspadaan dan keselamatan diri.

    Apa yang penting teruskan mengikuti SOP ditetapkan sebelumnya meskipun kita beralih ke fasa endemik kerana COVID belum hilang sepenuhnya.

    Sama-sama beingat

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...